Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain
Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia .
Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempa lain .
Dalam bidang keselamatan , keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah .
Penyeragaman sistem pendidikan (melalui dasar dasar pelajaran)
Isu pendidikan berperanan memupuk perpaduan . Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam den meyeluruh .
Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat .
Perana media massa
Saluran media massa seperti radio & televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan untuk pembinaan bangsa
Media massa dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara .
Media massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing .
Integrasi ekonomi
Usaha ini dilakukan melalui dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pembangunan Nasional .
Dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan .
Penyatuan fahaman politik
Sistem kerajaan campuran (campuran dari segi pelbagai kaum)
Sistem ini juga tidak mengetepikan parti politik yang berkuasa di Sabah & Sarawak
Setelah Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah .
Pindaan Akta Hasutan juga dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif erikut yang tidak dibincangkan secara umum , iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja raja Melayu .
- Berlaku pada 13 Mei 1969 , antara kaum Melayu dan Cina .
- Berlaku sebaik sahaja Pilihan Raya 1969 di mana parti pembakang (DAP) & Gerakan menang .
- DAP & Gerakan adakan perarakan besar besaran
- Sesetengah perarakan tanpa iziin polis
Perarakan ini sebenarnya merupakan kesinambungan peristiwa perakan jenazah yang dilakukan oleh parti buruh pada 9 Mei 1969 terhadap pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya
- UMNO yang rasa tercabar mengadakan perarakan atas kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya
- Perarakan diketuai oleh Datuk Harun Idris ( Menteri Besar Selangor )
- Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak telah membakar semangat setiap kaum hingga terbawa kepada titik hitam dalam sejarah negara
- Pergaduhan dan rusuhan tercetus
- Bantuan tentera terpaksa di panggil apabila polis gagal mengawal keadaan
- Rusuhan hanya berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad
- Tercetus di Kuala Lumpur dan disekeliling Selangor
- Tindak balas pada peringkat awal untuk berhentikan keganasan ialah
Penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan
Mengharamkan kempen pilihan raya
Mengenakan perintah berkurung
Menapis penerbitan akhbar-akhbar
- Semasa berlaku rusuhan kaum Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya
TINDAKAN YANG DIAMBIL AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969
Pengisytiharan Darurat
- Perdana Menteri dan Jemaah menteri menasihatkan YDPA mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara isu perlembagaan persekutuan Malaysia
- Penhisytiaran berkuat kuasa serta merta pada hari yang sama dengan rusuhan tersebut
- Persidangan Majlis Parlimen dan Persidangan Dewan Undangan Negeri ditunda
- Ordinan darurat kedua diisytiharkan kuasa eksekutif persekutuan dipegang Jeamaah Menteri diberi pada Tun Abdul Razak Hussein
2. Pembebtukan MARGERAN
- Ambil alih tugas Parlimen buat sementara
- Dianggotai Tun Abdul Razak / Tun Abdul Dr. Ismail
- Berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang negara (menentukan pentadbiran yang sempurna) , (mengembalikan keharmonian kaum)
- MAGERAN berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
- Kerajaan Berparlimen dikembalikan semula pada 28 Februari 1971
3. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara (MNN)
- JPN ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie
- Tujuan JPN adalah untuk mengadakan keselarasan dan ideologi negara serta menuju ke arah perpaduan negara
- Berperanan mendrafkan satu ideologi untuk negara yang di kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara
- Majlis Muhibah (MNN) berfungsi sebagai memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum , mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham dan membantu serta menyusun kerja-kerja sukarela
- Pada 1 Januari 1972 MMN dan JPN digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara
4. Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pasa 29 Januari 1970
- Bertujuan mengadakan garis panduan bagi kerjasama bagi kerjasama antara kaum
- Dan integrasi sosial untuk memuouk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia
- Dianggotai pelbagai lapisan masyarakat
- Anggota MAPEN merupakan wakil dari kerajaan negeri , parti poliyik , Sabah dan Sarawak , agama , badan profession , perkhhidmatan awam , kesatuan sekerja , persatuan majikan , akhbar guru-guru , kelompok minoriti
- MAPEN bertanggungjawab terhadap pembentukan ideologi negara iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan
menghadap masalah perpaduan yang ketara apabila tercetusya rusuhan 13 Mei 1969
mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat
dikenalpasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi , politik , dan sosial :-
Pemisah tempat tinggal
telah wujud perkampungan iaitu perkampungan Melayu , Cina , Jawa dan Cina
memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan , berlaku akibat kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British
British membawa masak buruh Cina , India secara beramai-ramai
perkampungan Melayu dikawasan pinggir pekan dan di bandar terdapat kedai-kedai Cina dan buruh India bertumpu di ladang getah
Sabah dan Sarawak , wujud perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum Iban dan Kadazan mereka terpisah antara satu sama lain
hubungan berbeza dari segi pengaruh politik , pesatuan , akhbar , agama dan pendidikan
2. Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi
akibat pengasingan sektor ekonomi setiap kaum
orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dengan nelayan
orang Cina bergiat aktiviti dalam perdagangan dan perlombongan
3. Pengasingan sistem pendidikan
sistem pendidikan British meniggalkan masalah perpaduan kaum
pelajar Melayu hanya ada dua jenis sistem pendidikan iaitu sekolah Venakular melayu @ beraliran Inggeris
sekolah beraliran Imggeris hanya untuk anak bangsawan
pelajaran di sekolah Melayu berbentuk pendidikan asas (kemahiran hidup )
mutu pengajaran amat rendah
orang Cina amat mementingan pendidikan anak-anak
penduduk asli di Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan
4. Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
setiap kaum berusaha mengekalkan identiti kaum , bahasa dan budaya masing-masing dan menggunakan media-media dan saluran seperti pendidikan , program , keagamaan , akhbar dan persatuan sosial
persatuan-persatuan India muncul lebih cepat seperti Persatuan India berpusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan keadaan pekerjaan India
5. Masalah Ekonomi
orang Melayu dan asli menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang mempunyai banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah dan gaji yang sikit
orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi modern dan memberi kesan tidak keseimbangan pendapatan
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui kemewahan dan kerjayaan orang Cina , orang India cemburu kerana kelebihan orang Melayu mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran awam
6. Perbezaan kepercayaan dan keagamaan
melayu beragama Islam , India beragama Hindu dan Cina beragama Budha
ada juga Cina beragama Kristian dan India beragama Muslim
bumiputera Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian
suka membentuk perpaduan dan sikap tolak ansur
7. Pemerintahan Jepun
Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942-1945
mengamalkan sikap berat sebelah dan Anti-Cina dan memberi peluan kepada orang Melayu dalam sektor pentadbiran
sebelum pihak British kembali , ramai kaum Cina menganggotai pasukan tentera Anti-Jepun , MPAJA , Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam
pergaduhan Orang Melayu dan Cina melibatkan banyak kematian .
- Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara terutama negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia
- Jika tiada perpaduan, pertelingkahan kaum akan berlaku
- Fenomena begini akan menyebabkan ketidakamanan dan kemusnahan
- Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilanng kaum selepas kedatangan British
- Pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar ini menggalakkan kemasukan buruh buruh Cina, India, Punjabi dan Indoesia untuk berkerja di sektor tertentu
- British mengamalkan situasi pecah perintah yang bermaksud kumpulan etnik yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India di pisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing
- Orang Melayu tinggal di kawasan kampung menjalankan aktiviti pertanian. Sebahagian kecil orang Melayu tinggal di kawasan bandar bagi yang terlibat dengan sektor pentadbiran / kerani
- Orang Cina tinggal di kawasan bandar dengan menjalankan aktiviti perlombongan
- Orang India tinggal di enstek untuk mengerjakan ladang ladang getah / kelapa sawit
Orang Melayu menjalankan aktiviti pertanian
Orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan
Orang India mengerjakan ladang getah
Kesan pengasingan tempat tinggal :- Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina - Melayu hidup miskin kerana tidak menikmati kemajuan / kemodenan - Orang Cina dan India tidak puas hati kerana syarat-syarat kerakyatan yang ketat
- Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan, tetapi merujuk proses yang berbeza
- Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal , sosial , ekonomi dan politik, tidak termasuk biologikal
- Integarsi melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal
- Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik
- Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya bahasa dan kepercayaan masing-masing
- Selain aspek agama dan kebudayaan, penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenal pasti di wilayah-wilayah tertentu
Isu Perpaduan Dan Integrasi
- Isu perpaduan dan integrasi bukanlah isu baharu lantaran ciri penduduk di negara Malaysia yang berbilang kaum
- Sebuah kementerian iaitu kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat amat penting bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi
- Ditubuhkan pada 27 Oktober 1990
- Perpaduan negara berperanan memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Peranan tersebut sejajar dengan matlamat wawasan 2020 untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu